Monday, May 25, 2009

Undangan Perkahwinan



Serumpun Kasih Seraut Sayang
Sekapur Sirih Kami Sembahkan
Dengan penuh kesyukuran dan takzim kehadrat
Allah s.w.t kami mempersilakan.....

Semua rakan yang mengenali saya dan kakak saya Salwan

bagi menyempurnakan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi puteri kami yang dikasihi:

Salwan binti Sahar dan pasangannya.

Mengikat pertemuan dua kasih membina mahligai abadi pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 bersamaan 12 Jamadilakhir 1430H

Di kediaman kami,

Parit Punggur Tengah, Parit Jawa, Muar, Johor.

"Inai di tangan nampak berseri,
tanda merai raja sehari,
doakan mempelai putera puteri kami,
semoga sejahtera kehidupannya nanti.."

P/S: Kepada sesiapa yang berkelapangan utk hadir, minta tolong inform saya dulu ya. Saya akan berikan peta bagaimana utk sampai ke rumah saya. Lagipula, saya perlu dapatkan dahulu bilangan hadirin yang dapat hadir. Mohon doakan agar dipermudahkan segala urusan kami dalam menganjurkan walimah ini. Wallahualam.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Terima kasih Syamimi atas award yang diberikan.



5 fakta menarik tentang Syamimi:
1) Ahli Biro Dakwah dan Tarbiyah yg dedikasi.
2) Sahabat baik dengan Athirah sejak dari peringkat sekolah hinggalah ke pengajian tinggi.
3) Sangat menghargai parents and family.
4) Peminat buku Faisal Tehrani.
5) Suka layan cerita korea juga selain dari rancangan English (cth: Desperate Housewife)

10 fakta mengenai saya:
Dari 1 sampai 10, Segalanya milik Allah :)

4 comments:

suraya said...

kuss semangat.ingatkan kak ecah nye turn tadi.berpeluh saya.hehehe

milik Allah said...

hihihi, lepaskan kakak akak dulu, baru turn akak pula yg menyusul :) kesian dia, sampai berpeluh-peluh

syamimi azmira said...

kak ecah.huhu..sy xlyk pun dpt 'fakta' no 1 tuh. Serius, sy tak dedikasi. Degil & suke buat sesuka hati :P

fakta menarik ttg akak:

selalu buat sy rase comfort bila dgn akk.*Strong fact. :D

milik Allah said...

minta maaf kalau fakta tu buat awk rasa tak senang. pertemuan pertama kita adalah semasa kita sama2 berada dalam biro tersebut..itulah sebabnya kenapa akak letakkannya sebagai fakta pertama.

awk degil macam mana pun, sayang akak tetap utuh.. tak berubah.