Wednesday, August 18, 2010

Motor ni, Abah Punya

Anak itu bagaikan sebuah kain putih.

video

Ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

Suka untuk saya kongsikan klip iklan yang dikeluarkan oleh Petronas pada tahun 2008 yang lalu. Aiman dengan abahnya. Saya suka dengan cara abah Aiman mencorakkan pemikiran anaknya.

Paradigm shifting, kata-kata ini saya pinjam daripada Ustaz Hazrizal. Beliau banyak mengeluarkan artikel berkaitan perkara merubah cara pemikiran. Tidak dinafikan, kebanyakan pemikiran saya telah dicorakkan beliau, hanya melalui artikel beliau!

Mudah-mudahan Allah masih merahmati dan memberkati dengan memberikan saya petunjuk bagaimana untuk mendidik anak-anak saya, kandung mahupun bukan.