Friday, May 20, 2011

Guru


G.U.R.U

Tak sangka, orang panggil saya cikgu.

Tak sangka, saya memilih untuk menjadi cikgu.





Gambar ini adalah gambar sewaktu menghadiri kursus Genius Aulad tahun lepas.







Pengalaman mengajar di pelbagai peringkat umur dan tahap adalah sesuatu yang amat bermakna kerana selain daripada mengajar, saya turut belajar. Selain dari menjadi cikgu, saya juga turut menjadi pelajar. Pelajar-pelajar itulah guru saya.

Bermula dari GSTT, beralih pula ke guru tadika dan kini, insya Allah memilih profession dalam bidang pendidikan biarpun bukan sebagai guru bersijil KPLI ataupun DPLI.

Kita merancang dan Allah turut merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

No comments: