Masya Allah. Lama sudah tak tengok TV. Alhamdulillah, semasa bertandang makan tengah hari di rumah Kak Rozita, kesempatan untuk menonton TV tidak dilepaskan. Tambahan pula kak Ita subscibe Astro Citra, filem yang sedang ditayangkan pada waktu itu adalah filem Pensil.
Selalu dengar filem ini diperkatakan. Filem ini pun sudah lama ditayangkan, mungkin pada sesetengah orang filem ini dikira sudah basi berbanding dengan filem-filem lain yang sedang/baru di pawagam.
Pensil merupakan filem yang menarik, sarat dengan mesej yang seperti "kena' saja dengan keadaan diri ini sekarang. Betapa seorang yang cacat begitu gigih mencari rezeki di bumi Allah yang luas, ditambah dengan pergantungannya yang tidak putus-putus kepada Allah. Benarlah bahawa siapa yang berusaha, dialah yang akan dapat. Janganlah tunggu rezeki tu datang bergolek, memang takdanya. Kita perlu berusaha. Ikhtiar. Perlu rajin. Rajin berusaha, rajin beribadah, rajin berdoa, rajin membantu ibu bapa, rajin membantu masyarakat.
Kalau nak disenaraikan, memang banyaklah mesej dan iktibar yang boleh diperolehi daripada filem terbabit. Filem ini menjadi motivasi buat diri ini untuk terus gigih menjayakan perniagaan yang sedang dijalankan ini. Perniagaan akhirat.
Tengah hari tengok filem Melayu, malam pula habiskan tonton filem Faster. Sebelum ni dah tengok separuh, tiba-tiba malam ni rasa nak tahu kesudahan cerita tersebut. Masya Allah, punyalah terkejut tengok filem tu sampai tertumpah air kopi yang sedang diminum waktu itu.
Faster, filem lakonan The Rock, menceritakan tentang bagaimana seorang banduan yang baru keluar dari penjara pergi menuntut bela atas kematian abangnya. Gerun apabila menonton The Rock menarik picu pistol tatkala membunuh orang-orang yang terbabit dengan pembunuhan abangnya. Senangnya tembak orang, sampai-sampai saja terus pistol diaju dan picu ditarik. So heartless....
Nevertheless, it is an interesting movie.
No comments:
Post a Comment