Tuesday, July 14, 2009

Syukur

Alhamdulillah, segala puji hanya selayaknya bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Hari ini 14 Julai, genap 10 hari selepas hari kelahiranku. Tahun ini sedikit berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. Hari lahirku kali ini dipenuhi dengan hikmah dan sangat bermakna.

Terima kasih buat semua yang turut sama mengingati hari lahirku serta memberikan doa yang amat diperlukan dan amat dihargai.

Terima kasih atas kasih sayang dan ingatan kalian terhadap diri ini. Sesungguhnya kasih sayang itu milik Allah dan hanya syukur yang selayaknya dipanjatkan kepadaNya atas segala kurniaanNya iaitu rakan taulan dan saudara yang ikhlas menyayangi diri ini.

Masih segar di ingatan akan kata-kata mak semasa menceritakan kisah kelahiranku. Sungguh tidak sabar aku untuk keluar melihat dunia hinggakan belum sempat lagi tiba di hospital, tanpa perlu menggunakan kudrat yang banyak, aku mengelungsur keluar semasa di dalam ambulans.

Bak kata orang dulu-dulu, "Mudah melahirkan, belum tentu mudah untuk menjaganya. Susah melahirkan, belum tentu susah untuk menjaganya". Nya yang dimaksudkan di sini ialah bayi.


Tidak dinafikan, bukan mudah ibubapaku menjagaku semasa kecil. Sangat nakal. Pernah sekali aku nyaris digilis lori gara-gara merangkak keluar dari rumah menuju ke jalan raya di kala umurku belum pun mencecah 2 tahun. Aku yakin ada hikmah kenapa Allah masih memberi kesempatan buatku hidup hingga ke saat ini.

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur". (An Nahl:78)


Semoga aku tidak akan lupa untuk bersyukur. Aku mahu menjadi hambaNya yang bersyukur.

Syukur bukan hanya dilafazkan dengan lidah, tetapi syukur yang sebenarnya adalah menggunakan segala nikmat yang Allah telah berikan dengan memenuhi tujuan nikmat itu diberikan. Sebagai contoh, kita diberikan telinga. Apa sebenarnya tujuan telinga diberikan? Tujuan utamanya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendengar ayat-ayat suci Al Quran.

Lawan bagi syukur ialah kufur. Mahukah kita menjadi orang-orang yang kufur? Nauzubillah.

Mudah-mudahan kita masuk ke golongan orang-orang yang bersyukur.

Amin.

2 comments:

~mIsS_p00h~ said...

ecah dearie!!!

akk igt besday aritu tp x smpt nk anta sms huhuhuhu... g0menneh! :(

happy blated bday sista~
bday ecah, sehari lps bday kak dyqq! :)

t'igt zmn d0k h0stel ms slalu nmpk ecah turun naek tangga. g0t s0me of d oldish s0ng remind me of u tau~ ^_^ slmt get ready 4 c0nv0cation!!!

milik Allah said...

thanks miss pooh a.k.a kak aina comel yg dirindui.

nevermind, ingatan dan doa dari akak pun sudah mencukupi. yup, sy dan kak diqq born in a same month, dekat2 je tarikh kami. dekat bebenor, beza sehari jek.

kalau akak boleh bgtau la, apa yg d oldish song that remind u of me? hihihi anyway skng mmg tgh get ready 4 convo. jemputlah datang kak, share the happiness with me on that precious day :)