Friday, October 21, 2011

Personaliti

Sesungguhnya keseimbangan sangat penting dalam kehidupan Itulah sebabnya kenapa di dalam Islam istilah Wasatiah amat sinonim dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup. Wasatiah a.k.a kesederhanaan amatlah dituntut dalam kehidupan kerana sesungguhnya Allah amat membenci sesuatu yang melampau. Tidak terkecuali dalam hal ibadah, usahlah kita terlalu melampau. Banyak contoh yang boleh kita ambil, antaranya ialah dalam ibadah berpuasa. Jika sudah tiba waktu berbuka, janganlah bertangguh.

Keseimbangan dalam diri juga amat penting dan pelajaran yang saya dapat daripada pertemuan dengan seseorang yang amat bermakna dalam hidup saya sekarang (maaf tidak dapat dinyatakan siapakah gerangannya) ialah dalam soal personaliti, tidak ada soal salah atau betul. Yang penting, seimbang. Contoh, introvert-ekstrovert. Tidak salah jika seseorang itu pendiam (introvert) dan usahlah demand kepadanya untuk menjadi ekstrovert (peramah) kerana personaliti iaitu tabiat semulajadinya sudah sebegitu. Walaupun begitu, itu tidak bermakna orang yang introvert tidak boleh menjadi ekstrovert. Ada beberapa situasi yang akan menjadikan beliau sebagai seorang yang ekstrovert. Contohnya semasa membuat presentation di hadapan majikan mahupun supervisor.

Saya sedang belajar untuk menerima keadaan diri sendiri seadanya. Selama  ini saya punya kesukaran untuk menerima hakikat bahawa Allah telah menciptakan saya sebegini rupa, beserta semua pakej yang ada. Kerana Allah Maha Pencipta. Allah berhak melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Selaku hambaNya yang tiada langsung kuasa, syukur dan menerima sepenuh jiwa segala pemberianNya adalah perkara yang semestinya dilakukan.

Sungguh indah ciptaan Allah.

Allah menciptakan kita akal, tetapi sejujurnya saya masih tidak menjumpai cara berfikir yang sebenarnya.
Mungkin saya yang terlalu berfikir secara melampau hinggakan gajah di hadapan tidak mampu dilihat. Maksudnya, mungkin apa yang saya cari sebenarnya ada di hadapan saya, cuma saya sahaja yang masih tidak perasan.

Ah, mungkin. Perkataan itulah yang sepatutnya saya hindari. Astaghfirullah...


Wallahualam, kekosongan jiwa dan fikiran yang melanda sedikit sebanyak terisi. Kesabaran dalam menempuhi dugaan hidup amatlah mudah untuk diungkapkan tetapi hanya Allah yang tahu adakah terungkap melalui perbuatan ataupun tidak.

2 comments:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Perkongsian yang baik. Alhamdulillah. Boleh banyak belajar di sini. Terima kasih. :)

aina muslih said...

Manusia diciptakan semuanya special belaka. Ada kelebihan tersendiri. Apa-apa pun, nice sharing!~ ;-)