Saturday, May 29, 2010

Problems and Obstacles

Adakah anda mengalami masalah atau halangan seperti berikut:

1) Dididik untuk jadi sederhana, sedangkan kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah (khalifah Allah)

2) Takut dikritik, enggan mencuba sesuatu yang baru, sedangkan sepatutnya orang yang mengkritik kita itu dianggap sebagai guru

3) Takut untuk gagal ataupun berbeza pendapat dengan orang lain

4) Wawasan atau matlamat yang kabur dan tidak jelas

5) Banyak kejahilan

6) Kekurangan sumber

7) Bodoh sombong, sombong bodoh dan tak tahu tapi tidak mahu bertanya

8) Tidak bersatu hati

9) Mudah patah semangat

10) Ingin cepat dapat hasil

11) Ingkar perintah Allah

12) Kurang berdoa

Jika ya (salah seorangnya adalah saya), nantikan entri yang berikutnya.

Kita akan mengupasnya lebih lanjut.

Nantikan....

Wednesday, May 26, 2010

Exhibition

Kindly visit the largest Lifestyle Branding Exhibition
For more info, you can visit the website http://www.myevents.com.my/imbeb/

Friday, May 21, 2010

Tribute to Women

A woman has strengths that amaze men.

She can handle trouble and carry heavy burdens.

She holds happiness, love and opinions.

She smiles when she feels like crying, cries when she's happy and laughs when she's afraid.

Her love is unconditional.

There's only one thing wrong with her; she sometimes forgets what she is worth.

Sunday, May 16, 2010

Katakan tidak kepada Topeng!

"Jangan hidup bersembunyi di balik topeng, nanti kita lebih sibuk mengurus topeng daripada memperbaiki diri. Takut disebut miskin, takut disebut gagal...hidup dalam ketakutan kehilangan topeng. Tidak pernah punya waktu untuk berprestasi. Orang jujurlah orang yang punya waktu banyak untuk berprestasi kerna dia tidak sibuk menyembunyikan diri". - Abdullah Gymnastiar.

Rujukan: Etika Bisnis Dalam Islam 5

Saya begitu terkesan tatkala mendengar kata-kata ini.

Ya, tidak saya nafikan mungkin selama ini itulah yang saya lakukan. Tidak kiralah dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Mungkin selama ini saya hidup bertopeng dan sibuk menguruskan topeng tersebut tanpa menyedari, sewajarnya saya berlaku jujur.

Bukan hanya jujur kepada orang lain, tetapi saya perlu jujur dengan diri saya sendiri.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan segala kurniaanMu. Jadikanlah aku hambaMu yang benar-benar tahu bersyukur. Pimpinlah aku Ya Allah. Hanya Engkaulah sebaik-baik pelindung"

Sunday, May 9, 2010

Susuk?

Tanda-tanda orang yang memakai susuk ialah muka kelihatan sangat cantik, hinggakan apabila sekali terpandang pasti ingin memandangnya semula. Berhati-hati juga pada mereka yang berumur tetapi kekal kelihatan muda serta punyai kekuatan luar biasa (tenaganya seperti orang muda mudi).

Bukanlah mahu menuduh tetapi ada sesetengah dari kita yang tidak mengetahui bahawa dalam dirinya tertanam susuk. Mungkin oleh waris-warisnya seperti ayah yang memasukkan susuk tersebut sewaktu orang tersebut masih kecil.

Jika kita telah mengetahui bahawa di dalam diri kita tertanam susuk ataupun kita pernah memasangkan susuk, janganlah berlengah lagi untuk membuangnya. Banyak kesan sampingan buruk yang dialami oleh pemakai susuk. Antaranya ialah:

1) Sentiasa mengalami mimpi buruk atau ngeri. Ibnu Jauzi di dalam bukunya ada menyenaraikan beberapa contoh mimpi yang bersangkut paut dengan sihir dan gangguan makhluk halus. Contohnya ialah jika bermimpi dipatuk ular, berhati-hatilah. Itu menandakan sihir sudah meresap masuk ke dalam diri. Begitu juga jika bermimpikan budak kecil atau bayi. Lebih teruk lagi jika bayi tersebut datang menyusu. Itu tanda gangguan makhluk halus.

2) Memiliki jin atau khadam dalam tubuh secara langsung. Setiap susuk mempunyai khadamnya tersendiri yang sentiasa menghantui tuannya (si pemakai susuk). Itulah sebabnya kadang-kala orang yang memakai susuk ini terlihat ada lembaga yang mengekorinya.

3) Hidup terseksa kerana terpaksa melalui pantang-larang. Antara pantang-larangnya ialah tidak boleh makan satay (ada cucuk lidi) dan tidak boleh makan buah-buahan atau tumbuhan yang berbulu seperti kiwi dan bendi.

4) Jika pemakai susuk itu adalah seorang perempuan, dia akan mempunyai kesukaran untuk mendapat anak kerana terdapat jin yang berlegar di salur darahnya.

Itulah sedikit sebanyak intipati dari perbincangan Al Kuliyyah Jumaat lalu (7 Mei 2010) di TV3 yang memperkatakan tentang susuk. Panelnya ialah Ustaz Shah Jahan, seorang guru dan perawat. Beliau mempunyai klinik khasnya sendiri di Kuala Lumpur dan sesi pembuangan susuk menggunakan air zam-zam tanpa dikenakan sebarang bayaran. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi beliau di talian 017-6955909.

Moga bermanfaat.

Thursday, May 6, 2010