Sunday, April 25, 2010

The Nanny

Kehidupan moden yang begitu mencabar dan mencengkam sentiasa menekan dan memaksa kita melakukan sesuatu yang kadang kala di luar kemampuan. Malah, ada yang di luar batasan minda dan lebih malang lagi di luar batasan agama (nauzubillah) bagi mereka yang "terdesak" lalu mengetepikan agama.

Saya ingin menyentuh salah satu sudut kehidupan yang mungkin tidak begitu sinonim dengan saya. Masakan tidak, ianya menyentuh aspek kehidupan sebuah rumahtangga dan melibatkan anak-anak. Saya masih belum punyai walau satu pun daripada mana-mana aspek tersebut. Tetapi, insyaallah itulah yang bakal dihadapi oleh semua orang termasuk saya.Bukankah begitu?

Sejujurnya, memang bukan saya orang yang sebaiknya untuk memperkatakan tentang "The Nanny", tetapi apa yang ingin saya tuliskan ini adalah luahan pandangan dan sudut perspektif saya. Saya bukanlah mahu menyentuh secara langsung atau menyeluruh berkenaan topik ini.

Saya sedang dalam pertimbangan untuk menjadikan bidang pengasuhan sebagai kerjaya saya.

Ya, saya seorang pemegang ijazah kejuruteraan (lebih spesifik lagi, elektronik). Jadi, kenapa tidak saya memilih kerjaya yang berkaitan dengan pengajian saya itu?

Memang, itulah soalan paling menarik. Saya turut mahukan dan mencari jawapan bagi soalan terbabit. Bak kata pepatah, ukurlah baju di badan sendiri.

Apapun, tidak saya nafikan sumbangan sebagai seorang pengasuh tidak kurang hebatnya dengan sumbangan sebagai seorang jurutera.

We need to think out of the box, whether we see the half glass empty or the half glass full.

Baru-baru ini, apabila muncul tawaran pekerjaan sebagai pengasuh sepenuh masa, disertai dengan beberapa tawaran lain yang ada, kesukaran untuk membuat pilihan tentu sekali wujud dan begitu menyesakkan.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan; stabil atau tidak pekerjaan tersebut, ada jaminan masa hadapan atau tidak, jumlah gajinya bagaimana dan pelbagai perkara lain yang menjadi timbang tara bagi menetapkan sesebuah pilihan kerjaya.

Sesungguhnya ilmu yang saya perolehi dari pembacaan berkenaan "Self Assertion" banyak mengajar saya untuk membuat penentuan untuk diri sendiri. Be assert with myself and others.

Walaupun sepanjang kehidupan, kebanyakan keputusan saya putuskan sendiri dan tiada siapa sangat yang masuk campur, tetapi banyak juga perkara yang melibatkan campur tangan orang lain dan bukan saya putuskan sendiri. Sebagai contoh, cerita berkenaan zaman sekolah menengah rendah saya. Bagaimana cikgu yang tolong daftarkan saya ke sekolah setelah hampir 3 bulan "menganggur".

Itu contoh cerita yang pernah saya lakarkan di laman ini. Banyak lagi sebenarnya contoh-contoh lain tetapi cukuplah hanya saya dan Allah yang tahu. Tiada kepentingan untuk saya coretkan di sini.

Berbalik kepada persoalan "The Nanny", masih belum ada apa-apa keputusan yang telah diambil tetapi setakat ini pihak majikan sudah sedia maklum tentang permohonan saya dan hanya menunggu saya berkata "ya". Itupun bergantung kepada keputusan temuduga bagi tawaran pekerjaan kedua yang saya telah mohon.

Secara tepat, saya mempunyai 3 tawaran pekerjaan. Tawaran yang ketiga ini, saya pun masih mempertimbangkannya lagi tetapi tidaklah se"confirm" dua tawaran tadi. Peratusannya 50-50 sahaja dan kurang memberi tekanan kepada saya.

Persoalannya sekarang tidak hanya terletak pada "mana yang saya nak" tetapi "mana yang saya dapat".

Itu konklusi yang boleh saya ringkaskan di sini.

"..berikanlah aku yang terbaik di mana jua ia berada Ya Allah, dan jadikanlah aku redha dengannya."

Insya Allah, moga Allah permudahkan jalan untuk saya. Apa yang baik tentu sekali datang dariNya. Begitu juga yang buruk. Tetapi, yang buruk itu bersangkut paut dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya.

Mohon kalian doakan jua untuk saya sebagaimana saya turut mendoakan kesejahteraan sekalian muslimin muslimat, di mana jua kalian berada.

Terima kasih.

p/s: Adakah entri ini terlalu personal? Tepuk kepala, tanya akal.

2 comments:

~mIsS_p00h~ said...

:)

Alam pekerjaan sememangnya teramat menduga minda malahan keputusan yang bakal diambil juga mempengaruhi kehidupan masa depan~

Banyakkan solat sunat hajat & istikharah juga untuk mencari kekuatan di atas setiap keputusan yang dilakukan. Ada mungkin hati berkeras untuk melakukan pekerjaan yang diluar kotak pemikiran namun sebenarnya mungkin di situ ada keberkatan malahan ketenangan yang sukar digambarkan~ Mungkin juga kerjaya yang mengikut kepada jurusan yang diambil juga memudahkan setiap urusan di hari muka~

Pray a lot, berdiskusi dengan yang lebih berpengalaman untuk mencari panduan, bulatkan tekad di atas setiap keputusan, dan kembalikan segala urusan kepadaNya~

Sesungguhnya perancangNya adalah Yang Terbaik untuk kita semua, InsyaAllah~ ;)

milik Allah said...

Terima kasih kak aina...

Perkongsian, kata-kata nasihat serta panduan yang akak berikan amat saya hargai malah itulah yang saya perlukan di kala ini.

Untuk pengetahuan akak, saya memang pernah bercadang untuk bekerja di tadika atau seumpama dengannya, tetapi tidak pernah diberikan peluang. Ada mencari, tetapi saya akui, memang waktu itu waktu yang tidak sesuai.

Mungkin kini waktunya sesuai. Mungkin, saya tidak kata ianya pasti kerana penglibatan saya ke dalam bidang ini akan sedkit sebanyak bergantung kpd keputusan temuduga kerja yang telah saya lalui tempoh hari.

Walau apapun, benarlah kata akak. Pray a lot and don't forget to seek advise from others.

Thanks for everything sis.