Pada 27 Mac 2010 yang lalu, kami sekeluarga telah keluar mengembara ke utara Malaysia bagi menghadiri majlis konvokesyen.
Secara peribadi, saya sendiri tidak pernah sampai ke sana. Paling jauh pun yang pernah saya jejakkan kaki ialah di Kelantan. Jadi, sudah tentu saya akan mengambil peluang ini untuk pergi ke sana. Di samping berkongsi kegembiraan bersama adik tersayang, dapatlah saya melihat keadaan negeri orang.
Memang mencabar pengembaraan kali ini. Banyak adjustmnet yang perlu dilakukan sebelum bertolak. Kami terpaksa menangguhkan perjalanan kami kerana adik dan kakak ipar perlu menghadiri Mtest pada hari Sabtu (27 Mac) dan konvokesyen pula diadakan keesokan harinya (28 Mac). Memang mencabar.
Alhamdulillah kami selamat tiba ke rumah penginapan yang telah kami tempah di Kangar, Perlis jam 2 pagi. Bayangkan, seawal jam 6.30 pagi kami perlu pergi ke dewan pula. Berapa jam saja yang kami ada untuk tidur.
Sepertimana institusi pengajian awam yang lain, Universiti Utara Malaysia tiada banyak bezanya. Kawasan yang sangat luas, hinggakan saya rasa MMU kampus Melaka hanya seluas kolej kediaman yang ada di situ sahaja.
Setelah menunggu lebih kurang 4 jam, barulah ibu bapa dan adik saya keluar dari Dewan Muadzam Shah. Sempatlah kami abadikan beberapa gambar di sana. Jom kita tengok kat bawah ni.
Kami bergambar di depan dewan. Waktu ni jam menunjukkan jam 12 tengah hari. Panas sangat. Kasihan pada si kecil tu, nasib baik mood dia baik. Tak meragam sangat.
Ini pula di hadapan jam besar di perkarangan dewan. Panas-panas.
Paling tak boleh nak terima ialah, kami terpaksa menunggu hampir 2 jam sebelum tiba giliran kami untuk mengambil gambar studio. Bayangkan, dari jam 2 petang hinggalah jam 4 kami terpaksa menunggu dalam keadaan panas, lapar dan dahaga. Sepanjang 2 jam itu juga banyak kejadian-kejadian yang tidak dijangka berlaku. Antaranya ialah kejadian di mana Iman, anak buah saya dianggap sebagai anak saya oleh salah seorang ibu bapa di situ dan adik saya disalah anggap sebagai suami saya. Wajarkah saya menganggapnya sebagai satu pujian ataupun sindiran? Saya ok je, tapi terfikir juga. Agak-agaknya aura untuk berumah tangga tu dah ada.
Jam 6.30 petang barulah kami bertolak keluar dari UUM (Universiti Utara Malaysia). Bayangkan, esoknya ada antara kami yang perlu bekerja (Kak Salwan tak dapat cuti, nak taknak terpaksalah dia bekerja esok). Sudahlah penat semalam masih belum habis lagi. Penat, sangat penat. Kami tak sempat pun nak singgah Langkawi ke, Bukit Merah ke.
Hujan pula turun dengan lebatnya malam itu. Sejuk. Mengantuk. Jalan raya pula menakutkan. Lori kiri kanan. Kilat sabung menyabung.
Alhamdulillah kami selamat tiba ke Sri Kembangan jam 3 pagi.
Sesungguhnya kembara kali ini begitu bermakna. Kepada Allah jualah segala urusan dikembalikan.
No comments:
Post a Comment