Wednesday, September 29, 2010

Fasa Baru

"Alhamdulillah syukur nikmat,


Kepada Tuhan yang memberi rahmat!"




Terimalah bait lagu nasyid ini sebagai mukaddimah entri yang sekian lama tidak di'update' di ruangan ini.




Benarlah, jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, masakan kita boleh bersyukur dengan yang banyak.




Rezeki, bukan sahaja satu nikmat malah ianya adalah satu ujian. Kesusahan pula sering disinonimkan dengan ujian, tetapi ianya sebenarnya juga satu nikmat.




Sangatlah diakui bahawa ujian kesusahan itu mudah untuk kita tempuhi berbanding ujian diberikan nikmat.




Moga Allah memberikan petunjuk hidayahnya serta cahaya yang akan menerangi jalan-jalan ke syurgaNya.