Sunday, February 21, 2010

Self-Assertion?

Pagi itu ada tournament bowling. Alhamdulillah team saya dapat tempat ke-3 (second runner-up). Dapat medal lagi. Hamper jangan cakaplah, besar betul.

Selesai tournament, memang niat di hati mahu pergi ke kedai buku untuk mencari Diari Islam. Lama dah berhajat untuk belikan untuk mak. Kesempatan untuk berada di Makhota Parade digunakan untuk berkunjung ke MPH dan juga Thai Kuang.

MPH adalah pilihan utama, tapi sayang. Cawangannya di Melaka ini terlalu kecil dan tidak banyak buku yang dijual. Tapi, hati ni dah terpaut pada dua tiga buku di situ. Nasib baik masih teringat lagi tujuan utama untuk masuk ke kedai buku iaitu mencari Diari Islam.

Tanpa membeli apa-apa dari MPH, kaki diatur ke Thai Kuang. Masya Allah, ada jualan penghabisan stok. Banyak buku yang menarik. Banyak juga pilihan diari di situ. Alhamdulillah saya ditemukan dengan diari yang sesuai.

Sejurus selepas diari tersebut diambil, apa lagi. Kaki ini dengan pantas menuju ke ruangan penghabisan stok. Pening juga, tak tahu mahu memilih buku yang mana untuk dibaca dan dibeli.

Di situlah saya temui sebuah buku yang pada saya sangat berguna untuk saya buat masa ini. Tajuknya "Self-Assertion For Women - The classic guide that has helped thousands of women take charge of their lives" oleh Pamela E.Butler.

Tiba sahaja di rumah petang itu, tanpa berlengah buku itu diselak dan dibaca isinya. Setakat pembacaan saya pada waktu ini, suka untuk saya kongsikan beberapa perkara menarik yang saya perolehi daripada buku ini.

Assertion, jika dilihat ertinya di dalam kamus dwibahasa ialah pendakwaan, penuntutan, penegasan, pernyataan.

Di dalam buku ini, yang dimaksudkan dengan assertion ialah kebebasan untuk menyatakan perasaan dan pendapat tanpa rasa bimbang atau malu. Dalam masa yang sama, membenarkan orang lain untuk mempunyai perasaan dan pendapat mereka sendiri.

Terdapat 4 area di mana wanita susah untuk menjadi tegas iaitu:
1) The expression of positive feelings
Contoh: Mengucapkan terima kasih atau mengungkapkan rasa sayang kepada kenalan rapat.
2) The expression of negative feelings
Contoh: Menyatakan rasa kurang senang terhadap sesuatu
3) Limit setting
Contoh: Menyatakan tidak kepada permintaan orang lain yang bertentangan dengan keperluan sendiri
4) Self-Initiation
Contoh: Menyatakan ya kepada sesuatu perkara yang bagus untuk dirinya.

Sudah pasti terdapat kesan buruk andai seseorang tidak dapat melakukan keempat-empat area di atas ini. Bayangkan situasi di mana anda gagal untuk menyampaikan sesuatu yang ingin anda sampaikan dan akhir sekali, anda hanya memendamkannya di dalam hati. Semakin lama, keadaan menjadi semakin tertekan dan tentu sekali anda akan mengalami emotional distress, powerlessness dan akhir sekali, depression.

Buku ini turut menyenaraikan 5 punca utama kenapa wanita menjadi nonassertive:
1) Lack of awareness
Kita tidak sedar bahawa kita mempunyai option untuk bertindak tegas
2) Anxiety
Takut
3) Negative self-talk
Cakap dengan diri sendiri berbanding meluahkannya keluar
4) Verbal deficit
Tak tahu apa yang perlu diungkapkan
5) Behavioral deficit
Tak tahu macam mana untuk mengungkapkannya

Mahu tahu bagaimana untuk mengatasi kelima-lima masalah ini dan menjadi seorang yang outspoken?

Insya allah akan saya kongsikan lagi dalam entri yang seterusnya. Cukuplah dulu ya.

Maaf kerana tidak membuat penterjemahan sebaik mungkin. Saya lebih suka quote terus dari buku, jadi maksudnya tidak lari.

Segala yang baik datang dari Allah, mana yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri.

To be continue....

No comments: