Friday, April 15, 2011

Manusia boleh berubah


Gambar ini mengingatkan saya tentang sesuatu. Betapa seronoknya menjadi seorang pelajar, apatah lagi sewaktu menjalani kehidupan sebagai remaja.

Pelajar-pelajar di dalam gambar ini bakal menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran.

Kadang-kadang saya terfikir, bolehkah manusia ini berubah? Kebanyakan pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran sering terlibat dengan permasalahan lain terutamanya masalah displin. Apakah puncanya? Jika ditanya, mereka tiada motivasi untuk ke sekolah. Mereka merasakan sekolah itu seperti sebuah penjara. Kenapakah mereka boleh merasa sehingga sebegitu rupa? Teruk sangatkah sekolah sehingga boleh disamakan dengan penjara?

Masakan penjara itu teruk, kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan kitab-kitab yang dihasilkan oleh para mujahidin Islam dihasilkan sewaktu mereka di penjara. Ini bermakna, proses pembelajaran dan pengajaran masih berlaku walaupun di dalam penjara sehinggakan naskah-naskah buku yang hebat dapat ditulis!

Saya memahami dari mana perasaan terpenjara itu datang. Saya juga memahami kenapa perasaan terpenjara itu yang dijadikan sebagai alasan. Kebebasan; itulah keinginan sebenar tetapi mahu bebas daripada apa?

Saya meyakini bahawa manusia boleh berubah. Diharapkan pelajar-pelajar terbabit mahu dan mampu untuk berubah.

p/s: Lama tak dengar khabar mereka. Bagaimanalah agaknya keadaan mereka sekarang....

1 comment:

milik Allah said...

Panjang umur bekas anak-anak muridku. Ingat lagi mereka pada cikgu mereka yg sorang ni huhu