Setiap dari kita yang bergelar manusia ini tidak dapat lari daripada menerima ujian dari Yang Maha Pencipta.
Jika tidak diuji di dunia, kita bakal diuji di akhirat. Bersyukurlah kerana ujian itu diberikan sewaktu di dunia, bukan di akhirat kelak. Lebih menambahkan kesyukuran andai musibah tersebut bukan musibah terhadap agama.
Sabar dan syukur, dua perkara itu perlu ada setiap kali musibah atau ujian mendatang.
Menguruskan manusia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Pengatur, Maha Berkuasa. Puji-pujian selayaknya hanya pada Allah.
Semoga Allah memberikanku kekuatan, ketabahan, kesabaran, kemurnian budi pekerti dan kebenaran yang sebenar-benarnya agar diriku tetap meniti jalanNya yang lurus.
Amin
No comments:
Post a Comment