Thursday, January 21, 2010

Tentang V

“Remember, remember the fifth of November,
The gunpowder treason and plot,
I see no reason
Why the gunpowder treason
Should ever be forgot.”

Filem ini dimulai dengan bait kata-kata tersebut.

Saya suka mendengar cara pelakon di dalam filem ini menyampaikan dialog tersebut. Semua dialog. Saya suka dengan intonasi suara mereka yang begitu sopan dan teratur. Tidak seperti filem-filem sekarang yang agak “kureng” kualiti dialognya yang banyak menggunakan kata-kata “pasar” dan kesat.

Terus terang saya katakan, saya sudah jatuh cinta pada V.

Saya sukakan wataknya dan rasanya tidak keterlaluan andai saya mahukan bakal suami saya juga mempunyai sedikit sebanyak sifat dan perwatakan sepertinya.

Apa kelebihan V sehingga saya boleh mengatakan sedemikian rupa?

Maaf ya, ini bukan soal obses mahupun soal pujaan. Harap tidak disalah ertikan.

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan secara panjang lebar mengenai plot filem ini, tetapi saya bercadang untuk menyentuh perihal karektornya.

Saya mengambil kira soal ideologi serta mesej yang ingin disampaikan melalui filem ini. Biarpun begitu, suka untuk saya memetik mesej positif yang terdapat di dalam filem ini berbanding mesej-mesej bombastik lain yang turut dimuatkan di dalam filem ini.

Saya cuba meletakkan diri saya di tempat V. Kepada mereka yang belum menonton filem ini, sewajarnya anda tahu bahawa filem ini berkisar tentang usaha seorang lelaki (mangsa, jika itulah perkataan yang paling sesuai) memperjuangkan kebebasan suara dan kuasa rakyat terhadap pemerintah zalim yang sedang mentadbir kota London pada tahun 2015. Peristiwa yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadapnya dan segelintir penduduk yang lain menjadi pencetus buatnya untuk membetulkan keadaan dan suasana kota London pada ketika itu.

Saya mengagumi kecekalan serta kewibawaan yang ada pada dirinya dalam membuat persiapan bagi merealisasikan satu idea yang pernah cuba direalisasikan juga oleh seorang lelaki bernama Guy Fawkes pada tahun 1605.

Apakah idea tersebut? “Blow up House of Parliament”

Letup bukan sekadar letup, ia lebih dari sebuah letupan. Ianya sebuah revolusi.

Kita selalu dengar, kejayaan tidak akan datang bergolek. Kejayaan perlukan usaha.

Di penghujung filem ini, V telah berjaya. Ya, dia telah BERJAYA.

Banyak kalau saya nak tulis, tetapi cukuplah sekadar ini.

Saya akhiri perkongsian ini dengan satu pertanyaan.

Masihkah ada seseorang seperti V di luar sana?

2 comments:

Hanif Amir said...

Wow, pertama kali membaca catatan seperti ini dalam blog sdri. Saya teruja, hehe!

Filem ini juga antara filem kegemaran saya.

milik Allah said...

Filem kegemaran hanif ya. Bolehlah hanif kongsikan sedikit pandangan hanif mengenai filem ini.

Apapun, akak terkejut bila hanif kata "wow". Teruja pula tu. Apa agaknya kelainan yg terdapat di dlm entri ini berbanding entri-entri sebelum ini yg boleh membuatkan hanif berasa demikian?