Friday, May 15, 2009

Cry



Bila dihitung, tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kaki ini melangkah keluar dari kampus pengajian, menuju ke satu tempat baru...memasuki fasa baru dalam hidupku.

Bersediakah aku untuk menghadapi kehidupan yang menantiku di luar sana?

Bersediakah aku untuk meninggalkan bumi MMU ini...meninggalkan semua yang aku sayangi...

Perpisahan

Suka untuk saya sampaikan apa yang ingin saya sampaikan melalui sebuah lagu.

Lagu ini ditujukan buat semua yang mengenali diri ini..tidak kira siapa pun anda.

Insyaallah biar jauh di mata, anda semua sentiasa dekat di hati...

You can count on me! I'll be there whenever you want a shoulder to cry on...

(Terasa nak terangkan sikit berkenaan lagu ni...tapi rasanya kalau sudah dengar dan baca subtitle yg ada di sini, insya allah semua bisa mengerti apa yg lagu ini cuba sampaikan...mudah-mudahan sampai...)



"Sungguh, orang-orang yang mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)." [Maryam: 96]

Maafku pinta jika selama ini tiada khabar diterima...Maaf atas segala kata-kata dan janji-janji yang tidak terlaksana...Maaf atas kekasaran atau salah faham yang terjadi antara kita....

Terima kasih buat semua yang sentiasa bersamaku di waktu susah dan senang...menerima baik dan burukku seadanya...menunjukkan kepadaku di mana silapku...membantuku di waktu diperlukan dan juga di waktu yang tak dijangka...memahamiku dengan sewajarnya...Tuhan menjadi saksi segala kebaikan yang kalian berikan.

Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan merahmati ukhuwah yang terjalin antara kita.

Kepadamu jua Allah tempatku bergantung dan Allah lah sebaik-baik penolong.

SALAM IMTIHAN!

5 comments:

Zinnirah Al Jannah (".) said...

Kami pasti merindui akak nanti... Thanks & Sorry 4 everything sis~ Syukur Alhamdulillah, so glad to know you. :)

~mIsS_p00h~ said...

Saya pun pasti rindu semua nanti! =)

Nak jgk j0in cik semut~ ehehe...

Ukhuwwahfillah abadan abada~ ^_^

milik Allah said...

kepada zinnirah & miss pooh, rindu jangan tak rindu :) Dah bertahun-tahun kita kenal...syukur alhamdulillah juga kerana dapat bersama-sama dgn kalian. Bahagia terasa..biarpun terpaksa berjauhan di mata..kerana dekat di hati

ummi said...

ecah.... kak ina ni..
semoga ecah tabah dan tenang dalam menghadapi hari hari mendatang ..jgn lupa kat kak ina ye

milik Allah said...

kak ina, gembiranya hati sebab kak ina sudi menjenguk saya di blog ini :)

terima kasih kak atas kata-kata semangat, akak umpama ibu buat kami semua.

insya allah saya tak lupa pd kak ina. maaf sebab selama ni jarang dapat ziarah akak. walaupun jauh, tapi dekat di hati.

syukur alhamdulillah atas berita baik berkenaan suami akak. insya allah jika tiada aral, tiba jua saya di rumah akak untuk kenduri kesyukuran itu nanti.

doakan masa depan saya cerah ya kak :) terima kasih