Tuesday, April 14, 2009

Wanita itu saudara perempuan bagi lelaki

Segalanya milik Allah; itu tagline yang saya pilih tatkala hati ini masih ragu-ragu sama ada benar-benar ingin membuat satu account untuk blog ataupun tidak.

Segalanya milik Allah, itu adalah antara sebab utama mengapa tangan ini akhirnya men"click" pada "create a blog" di ruangan google. Alhamdulillah, ilham yang datang dariNya ini membuahkan kekuatan untuk saya melakar nukilan ikhlas tulus dari hati.

Saya selaku seorang hamba Allah yang diciptakan dalam bentuk wanita ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai lontaran saya berkaitan hal wanita. Suka untuk saya nyatakan di sini bahawa blog ini tiada langsung unsur feminisme ataupun yang sama waktu dengannya. It is very universal, you can get all the things you want (or maybe not) in this blog insya allah. I try my very best to make this blog valuable to all.

Seperti yang kita sedia maklum, melalui sejarah telah membuktikan bahawa Islam muncul ketika sebahagian manusia menolak keinsanan wanita, menganggap wanita hanya sebagai satu makhluk yang dijadikan semata-mata untuk berkhidmat kepada lelaki. Zaman jahiliyyah yang dilihat telah kembali ke zaman kini...

Itulah kelebihan Islam; Islam menghormati dan mengikhtiraf keinsanan serta keupayaan wanita untuk memikul tuntutan agama, tanggungjawab dan peluang memasuki syurga. Wanita punyai hak keinsanan yang setaraf dengan lelaki kerana wanita dan lelaki adalah cabang kepada pohonan yang satu dan saudara yang dilahirkan oleh bapa yang satu iaitu Adam dan dari ibu yang satu iaitu Hawa.

Berdasarkan tajuk post ini, wanita itu saudara perempuan bagi lelaki. Dalam Islam, tiada ikatan yang lebih utama melainkan ikatan tauhid. Ikatan tauhid lebih utama berbanding ikatan darah mahupun bangsa mahupun jantina.

Tidak dinafikan, secara peribadi...saya turut mengalami kesukaran pada mulanya dalam mengetahui cara sebenar bagaimana untuk bergaul dengan kaum bukan sejenis (muslimin). Tanpa saya sedari, ayah...abang...adik lelaki...sepupu lelaki...malah datuk saya adalah lelaki. Pemikiran saya terlalu sempit, hanya memandang kaum bukan sejenis itu adalah orang-orang yang bukan mahram dengan saya. Tetapi, sebenarnya ia tidak hanya terbatas kepada itu.

Segalanya bermula dari apa yang kita ada...saya ada ayah, saya ada abang dan adik lelaki. Dengan merekalah saya perlu belajar bagaimana untuk bermuamalah dengan muslimin lain.

Saya masih dalam proses pembelajaran. Saya yakin ada juga antara kita di luar sana yang mempunyai masalah yang sama dengan saya.

Saya mempunyai pandangan yang pesimistik, sinikal dan berat sebelah terhadap muslimin. Ya, itulah saya sebelum saya mengetahui hakikat yang sebenar bahawa:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Surah Al Hujurat ayat 13.

Terang lagi nyata, Allah tidak menciptakan sesuatu dengan tujuan sia-sia. Setiap ciptaanNya, aturanNya, perancangan dan sistemNya Maha Agung, Dialah tuhan yang Maha Bijaksana.

Siapa kita untuk menafikan hakikat bahawa lelaki dan perempuan saling memerlukan dalam kehidupan kita di dunia yang merupakan medan untuk kita bercucuk tanam agar hasilnya dipetik di akhirat nanti.

Insya allah di lain waktu saya kongsikan lagi perihal ini. Mungkin saya akan kongsikan jua apa yang saya perolehi dari buku John Gray yang famous itu, "Men are from Mars, Women are from Venus". Buku ini banyak membantu saya untuk lebih mengenali dan lebih menghargai ciptaan Allah paling terbaik ini iaitu MANUSIA.


....Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu sering meminta dengan menyebutkan namaNya serta peliharalah silaturrahim kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu (Al-Nisa:1)

No comments: